Saturday, November 12, 2016

SIBER BULI




Image result for welcome to my page very cute 
                                   
                                                               



                                                          SIBER BULI





Image result for gambar siber buli
         

                                     
Image result for gambar siber buli







                                      Maksud buli siber
       Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Buli siber adalah perbuatan yang  mengancam , memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks, chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.
        Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli orang lain, buli siber mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Pembuli siber sukar untuk dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar.Pembuli siber tidak seperti pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak bersempadan. Ini menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka.Pembuli siber lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber. Buli siber boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
        Langkah langkah mengatasi masalah buli siber
      Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar.Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.
       Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.
buli
       Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

        Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.
        Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.
      Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

     Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.
      Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.
      Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.
      Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.


              KANAK-KANAK LEBIH MUDAH DIBULI

     Ibu bapa perlu pastikan anak mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi terutama alamat rumah

KANAK-KANAK yang melayari internet lebih terbuka mindanya. Hakikatnya, ia suatu perkembangan yang selaras dengan perkembangan teknologi serta memastikan generasi muda tidak ketinggalan serta kaedah berkesan melahirkan pelapis yang celik Teknologi Maklumat (IT).

Namun, kanak-kanak yang tidak dikawal penggunaan internet sebenarnya terdedah dengan risiko diserang pembuli siber yang boleh mengakibatkan tekanan, gangguan perasaan serta terasa diancam.
Walaupun kes buli siber di Malaysia tidak dianggap sebagai ancaman, tetapi ia suatu yang perlu disedari dan diakui boleh mengganggu pengguna internet khususnya generasi muda yang baru berjinak dengan dunia teknologi.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, kebanyakan kejadian berlaku berikutan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan watak dalam permainan internet. Mereka turut mengamalkan sikap yang sama ketika berkomunikasi dengan pengguna lain di internet.

Pasukan penyelidik Universiti California, San Francisco dan University of Pittsburgh Amerika Syarikat pada April 2006 mengesahkan wujudnya kaitan antara keganasan yang digambarkan dalam permainan komputer dengan kelakuan kasar bersifat anti sosial.

Kajian mendapati, lelaki berumur 18 hingga 21 tahun daripada etnik kecil dan mempunyai latar belakang sosioekonomi berbeza gemar bermain permainan keganasan tahap rendah, contohnya permainan Simpsons: Pukul Dan Lari.

Satu kelompok lagi sukakan permainan keganasan peringkat tinggi seperti Grand Theft Auto III. Watak pemain Grand Theft Auto merujuk kepada peranan seorang penjenayah yang diambil bekerja oleh mafia menggunakan seekor kelawar besbol memukul peniaga ubat dan menjadikan ubat jualan itu khas untuk pelacur diambil bekerja oleh mafia.

Watak Men dalam Grand Theft Auto dikatakan sentiasa tertekan, sikap negatif, kelakuan tidak suka bekerjasama, lebih konflik dalam interaksi sosial, sikap permisif (terbuka) terhadap menggunakan alkohol dan ganja, berbanding dengan yang yang dimainkan The Simpsons.

Di Malaysia, walaupun kes membabitkan siber buli tidak banyak dilaporkan, tetapi wujud kecenderungan itu cuma tidak dilaporkan kerana sikap tidak peduli pengguna internet atau masyarakat yang menganggap ia sebagai remeh.

Berdasarkan statistik terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), sehingga September 2007, ada 11.7 juta penduduk menggunakan internet secara langganan ‘dial-up’ manakala 1.2 juta lagi menggunakan kemudahan teknologi itu secara langganan jalur lebar.

Daripada jumlah itu, kajian mendapati 46 peratus daripada pelayar web di Malaysia melayari laman sosial seperti Friendster, MySpace®, Xanga, Atau Facebook dan kebanyakan mereka seronok menghantar dan berkongsi profil peribadi, gambar tanpa menyedari maklumat mereka direkod pihak tertentu.

Kebanyakan mereka yang gemar berkongsi maklumat dengan rakan, sama ada melalui laman web sendiri atau blog dengan mendedahkan maklumat sebenar mereka berisiko untuk dibuli atau diancam.

Pengurus Pemasaran Serantau, Perniagaan Pelanggan Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, walaupun kes serangan siber di Malaysia tidak banyak dilaporkan berbanding negara maju, pihaknya percaya apa yang berlaku di sana juga boleh berlaku di sini.

Ini kerana katanya, kira-kira 42 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna internet di Malaysia adalah remaja berusia 24 tahun ke bawah dan kanak-kanak.
“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko menghadapi serangan itu kerana mereka dikategorikan sebagai ‘mangsa yang mudah’ berbanding orang dewasa yang lebih matang.
“Ia boleh dilakukan sesiapa saja, sama ada kanak-kanak, remaja dan kadangkala orang dewasa juga terbabit,” katanya.

Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Info:
• Sehingga Oktober tahun lalu, sebanyak 60 kes buli siber dilaporkan ke Keselamatan Siber Malaysia di bawah kategori gangguan elektronik dan kebanyakannya berlaku di sekolah menengah di sekitar Lembah Klang.

Jumlah yang rendah ini bukan bermakna tidak banyak kes buli berlaku, tetapi kebanyakan mangsa ‘malas’ untuk menghebohkannya dan menganggap ia tidak perlu dilayan.

• 72 peratus remaja Asia berumur 15 hingga 24 tahun menggunakan internet untuk pelbagai perkara, termasuk mencari maklumat, muat turun lagu atau perisian serta mencari kenalan.

• Lebih 42 peratus pengguna Internet di Malaysia berumur kurang 24 tahun, 47 peratus pelajar sekolah menengah dan lapan peratus pula masih belajar di sekolah rendah.

                    Kebanyakan remaja beranggapan
• 40 peratus beranggapan tidak mengapa berbual dengan orang tidak dikenali di Internet.
• 20 peratus beranggapan selamat untuk mendedahkan maklumat peribadi di Internet.
• 30 peratus memberi pertimbangan untuk bertemu rakan Internet.
• 9 peratus pengguna Internet muda (13 hingga 15 tahun) pernah bertemu rakan pertama yang dikenali melalui internet.
                 


No comments:

Post a Comment